Saturday, 18 February 2012

WARUNG TOK MAT MEE UDANG SEGAR (PULAU PINANG)

"MEE UDANG TAPAK TSUNAMI GAMIT PENGUNJUNG"


       


              Warung Tokmat mie udang yang terletak diatas bekas tapak tsunami tanjong bunga
pasti mengamit sesiapa sahaja yang datang kesitu. pandangan semula jadi dengan air laut berkilau apabila dipanah cahaya matahari tambah beseri apabila kelihatan masjid terapung tanjung bunga kira-kira tiga kilomiter dari gerai berkenaan.
pemilik gerai,Rahmah Abdullah 37 berkata, dia mula mengusahakan warung tersebut setelah bapa mertuanya menyerahkan warung itu kepada suaminya..
                     katanya, suaminya yang berpengalaman menjadi tukang masak negeri dan luar negara membolehkan resepi mee udang menjadi menu pertama warung tok mat..


                     ''Sebelum itu, ayah mertua saya sudah membuka gerai dan ia menjadi tumpuan nelayan yang pulang daripada laut,. mereka rajin duduk melepak sebelum pulang kerumah..
                      ''Tertapi lama kelamaan usia ayah meningkat dan kedai ini diserahkan kepada suami, Murat bin Mat dan saya untuk menguruskannya pula,..
udang yang menjadi  menu utama

                    Bermula tahun 2008 mereka sekeluarga membaik pulih gerai tersebut agar lebih selesa dan sempurna untuk dikunjungi pelangan..manakala suaminya pula bertunkus-lumus menyediakan menu terbaru untuk menarik lebih ramai pelanggan dari luar, dari situlah idea menu mee udang timbul setelah dipersetujui oleh kedua ibu bapa suaminya.

3 comments:

  1. jauhnya...nak p sana!....le ambil gambar tak! le tengok suasana di sana.....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je.. follow fb page (warung tokmat mee udang) atau boleh search di google.com

      Delete